“REDA DENGAN KETENTUAN ALLAH… SAYA MAAFKAN MEREKA YANG KUTUK SAYA” – DA’I SYED

“Sepanjang ditahan, saya termenung dan bertanya atas dugaan yang diberikan, tetapi reda dengan ketentuan yang diberikan Allah dan pada masa sama mengikuti sahaja prosedur polis dan mahkamah.

“Saya hanya berdoa kepada Allah semoga permudahkan urusan dan sebaik-baik manusia adalah orang yang meminta maaf, manakala yang terbaik pula adalah yang memaafkan.

“Saya maafkan mereka yang pernah mengutuk saya,” demikianlah kata pendakwah muda Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd. Shaiful.



Dilepaskan selepas diikat jamin sebanyak RM35,000 semalam, pendakwah muda Da’i Syed memohon agar diberi ruang untuk dia memulihkan jiwa dan mental.

Klik untuk gambar besar

Hampir 18 hari ditahan reman atas tiga dakwaan termasuk merogol, Syed berkata dia agak sedih dengan apa yang menimpanya namun menyifatkan dugaan itu sebagai teguran Allah agar dia tidak terus alpa.



Biarpun redha dengan ujian uang diberikan oleh Illahi, Syed akui beliau langsung tidak menyimpan dendam dengan sesiapa, malah amat memahami tugas pihak berkuasa.

Ditanya apa yang ingin dilakukan sebaik sahaja dilepaskan, Da’i Syed berkata dia mahu berjumpa ibunya dan meluangkan masanya bersama keluarga serta berehat terlebih dahulu.

“Apa yang saya ingin lakukan selepas ini ialah meluangkan masa bersama keluarga dan makan bersama mereka. Saya hendak duduk rehat dan bertenang dahulu untuk lepaskan rindu,” ujarnya.



Bahkan, pendakwah itu juga mengakui bahawa dirinya kini dalam keadaan baik dan sempat memberi tazkirah dan solat berjemaah bersama tahanan lain sepanjang tempoh siasatan.

Lebih menerujakan, Syed menyatakan dirinya sempat menulis lagu di dalam tahanan dan menunjukkan rangka lirik kepada wartawan yang bertugas.

Terdahulu, Da’i Syed ditahan pada 27 November lalu selepas seorang bekas jurujual membuat laporan polis didakwa dirogol oleh pendakwah itu namun susulan laporan polis itu, tujuh lagi mangsa tampil membuat laporan.

NETIZEN DAKWA DA’I SYED BAWA BALIK GADIS KE RUMAH & ROGOL?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button