10 masjid mesra kanak-kanak disediakan JAWI

 

Oleh Pena Merah

10 masjid mesra kanak-kanak disediakan JAWI
Antara kemudahan kanak-kanak yang disediakan pihak Jawi di 10 lokasi masjid di Kuala Lumpur, sepanjang bulan Ramadan ini.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyediakan pelbagai kemudahan mesra kanak-kanak termasuklah khidmat jagaan sementara atau ‘kids corner’ di 10 masjid di Kuala Lumpur, sepanjang bulan Ramadan ini.

Selain itu, kemudahan lain yang turut disediakan adalah ruang solat kanak-kanak, sudut edutainment atau Tarbiyatul Aulad dan ruang santai keluarga.



Dalam satu hantaran di Facebook, Jawi berkata institusi masjid dan surau seharusnya menjadi tempat yang mesra dan selesa kepada kanak-kanak agar jiwa sentiasa dekat dengan pusat ibadah tersebut.

“Pada masa sama, ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil juga dapat berpeluang menunaikan solat tarawih secara berjemaah di masjid tanpa rasa bimbang terhadap keselamatan anak-anak dan gangguan kepada jemaah yang lain,” katanya.

10 masjid mesra kanak-kanak disediakan JAWI
Ibu bapa yang membawa anak kecil boleh datang ke 10 masjid di sekitar Kuala Lumpur untuk mendapatkan kemudahan tersebut.
Kemudahan kanak-kanak itu disediakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid At Taqwa Taman Tun Dr. Ismail, dan Masjid Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak.

Kemudahan yang sama juga boleh didapati di Masjid Usamah bin Zaid Wangsa Maju, Masjid Al-Imam Al-Ghazali Menjalara Kepong dan Masjid Al-Zakirin Taman Wilayah Selayang.

“Selain itu ibu bapa boleh pergi ke Masjid Ar-Rahah Kampung Kerinchi, Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar, Masjid Saidina Umar Al-Khattab Bukit Damansara dan Masjid Nurul Islam Kampung Desa Pahlawan.



“Bagi lokasi lain, orang ramai juga mendapatkan kemudahan kanak-kanak ini di Masjid Zaid bin Haritsah Jalan Gombak, dan Masjid Jamek Sultan Abdul Samad,” katanya. – Kosmo Online


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading