Pengarah agensi kerajaan ditahan SPRM bantu siasatan kes rasuah ratusan ribu ringgit

Oleh – Syeikh Baran


Pengarah agensi kerajaan ditahan SPRM bantu siasatan kes rasuah ratusan ribu ringgit
Gambar Hiasan

Seorang pengarah sebuah agensi kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes meminta dan menerima rasuah bagi meluluskan kerja-kerja kontrak kepada pelanggan bernilai hampir ratusan ribu ringgit.

Menurut sumber, lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu dicekup selepas memberi keterangan di pejabat SPRM di sini petang tadi.



Katanya, penahanan itu dilakukan untuk membantu siasatan berhubung kes meminta dan menerima rasuah yang berjumlah hampir ratusan ribu ringgit.

“Maklumat awal mendapati, lelaki itu meminta wang suapan sebagai imbuhan bagi meluluskan kerja-kerja kontrak kepada pelanggan di sebuah jabatan kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki itu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 16 dan 17(a) Akta SPRM 2009.

Katanya, SPRM akan membawa pengarah itu ke Kompleks Mahkamah Kota Bharu di sini esok untuk perintah reman.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button