“JANGAN PILIH BULU, PILIH KASIH ASYIK MUKA ITU JE… OLD SCHOOL” – DATUK SERI VIDA

“Keputusan lagu bertanding di AJL kita dah dapat… lagu yang sedap di mana kamu letakkan wahai juri. Lagu yang sedap juga-juta tontonan tak bawa ke AJL, lagu macam mana awak nak?

“Saya nak tahu bagaimana penjurian lagu-lagu ke AJL, saya sebagai mantan penaja nak tahu macam mana juri pilih lagu, apa benchmark (penanda aras) pemilihan?

“Kriteria lagu popular juga kena ambil kira, jangan sedap telinga awak saja, kena ada media sosial supaya dengar apa netizen nak supaya industri berkembang dengan karya lebih segar,” kata usahawan kosmetik Datuk Seri Vida dalam satu rakaman video yang dimuat baik menerusi laman Instagram miliknya.



Vida mempersoalkan kredibiliti juri semasa Separuh Akhir Muzik Muzik ke-35 (SFMM35) memilih 12 lagu terbaik yang layak bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35).

Vida dalam masa berkata ada antara lagu dipilih tidak memenuhi kriteria kerana tidak popular dan pemilihan hanya mengikut kehendak juri semata-mata. Untuk makluman, Vida sebelum ini pernah menjadi penaja program nyanyian tersebut.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg



Pada Selasa lalu, netizen mempertikaikan beberapa lagu yang layak bertanding di AJL35 dan mempersoalkan pemilihan juri yang dianggap tidak memenuhi kriteria lagu untuk dipertandingkan.

Sebelum itu, ketua juri SFMM35 iaitu Azmeer menjelaskan terdapat beberapa kesalahan kecil menjadi punca beberapa lagu yang dijangka melangkah ke Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) tidak layak bertanding di pentas akhir itu.

Azmeer berkata, walaupun semua lagu yang bertanding di SFMM35 dianggap karya terbaik, namun ada kekurangan ketika pemarkahan dibuat.

Kesal dengan keputusan pada malam itu, Vida meminta juri menggunakan media sosial dan mendengar pandangan netizen itu. Malah, dia turut meluahkan rasa kecewa kerana stesen penyiar masih memilih juri yang sama untuk mengadili lagu-lagu tersebut.



Image_3.jpg

“Saya rasa juri ini Instagram, YouTube pun tak ada, jangan pilih bulu, pilih kasih asyik muka itu je yang dapat. Lagu sedap tak masuk tapi yang sendu boleh, saya rasa juri ada masalah… old school, tak tahu nak angkat karya anak muda. Sedap di telinga juri tapi viewer 5,000 orang saja.

Bagi edisi kali ini, juri profesional adalah komposer Ajai, Edrie Hashim, Datuk Mokhzani Ismail, Helen Yap, Fauzi Marzuki, AG Coco dan Azmeer yang bertindak sebagai ketua juri.

Lagu yang layak ke pentas AJL35 ialah ‘Hati’ nyanyian Hael Husaini, ‘Aku Bidadari Syurgamu’ (Aishah), ‘Peluang Kedua’ (Nabila Razali) ‘Belenggu Rindu’ (Datuk Jamal Abdillah, Wany Hasrita), ‘Eh’ (Zizi Kirana), ‘Gundah’ (Ernie Zakri) dan ‘Gila’ (Kaka Azraff, Loca B, Noki).



Selain itu, ‘Jangan Khianati Aku’ (Azlan & The Typewriter), ‘Semalam’ (Aina Abdul), ‘7 Nasihat’ (Shiha Zikir, Kmy Kmo, Luca Sickta), ‘Hutang’ (Floor88) dan ‘Kau Sakiti’ (Amir Masdi).

Image_4.jpg

AZMEER JAWAB TUDUHAN TAK RELEVAN: “JANGAN BUAT KENYATAAN SEOLAH-OLAH KAMI BODOH SANGAT!”



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button