“KALAU TAK SUKA, TAK PAYAH TENGOKLAH” – MIRA FILZAH KOMEN ISU NETIZEN MELUAT

Sejak mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengacara Mira Filzah, 27, dilihat kembali rajin mencipta kandungan di YouTube sebulan yang lalu disebabkan ingin berkongsi aktiviti bersama suaminya, Wan Emir Astar Wan Mohamad Khair-il Anuar atau Emir, 30.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman berkata, dia lebih bersemangat untuk memuat naik video di platform itu berbanding sewaktu masih bujang dulu.

“Akaun YouTube itu memang saya wujudkan untuk kongsi aktiviti bersama suami. Kalau untuk diri sendiri, memang saya tak buat. Sebab saluran itu sudah ada nama dan saya pun mula buat vlog sekitar 2017 tapi tidak menjadi kerana saya rasa malas. Jadi, bila bersama suami, kami rasa boleh buat kandungan bersama,” katanya.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Menggunakan nama akaun #EmirAmirah, bagaimanapun pasangan itu tidak terlepas daripada komen sinis warganet termasuk ada yang meluat.

Apapun, pelakon ‘Bidadari Kiriman Tuhan’ itu menganggap hal itu normal dan menyarankan warganet untuk abaikan video mereka jika tidak berkenan.



“Meluat dan mengecam itu kita tak boleh nak kawal. Saya pun tak paksa tengok. Kalau tak suka, tak payah tengoklah. Janganlah tak suka tapi tetap tengok juga selepas itu mengecam saya. Tak baik,” katanya dengan nada berseloroh.

Image_3.jpg

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button