FENDY PUJI HAQIEM RUSLI, SAMAKAN DENGAN USTAZ EBIT LEW: “KEBAIKAN DIA JADI CONTOH…”
Sebelum ini, tular video penyanyi dan komposer Haqiem Rusli menunaikan solat sebelum menghadiri satu majlis anugerah dan ia telah menjadi perbualan hangat. Meskipun ramai memuji namun ada melihat secara negatif.
Perkara itu turut mendapat pujian pelakon Fendy Bakry yang berpendapat tindakan Haqiem itu sepatutnya dijadikan contoh. Fendy turut menjadikan Ebit Lew sebagai contoh dimana pendakwah itu sering berkongsikan kerja amal di media sosial.
“Dia belia remaja, punya pengikut yang ramai. Sekurang-kurangnya kebaikan dia jadi contoh pada semua. Dalam kesibukan, ingat pada kewajipan. Cuba kalau orang biasa yang upload macam ini rasanya berapa kerat je yang tengok, faham? Tak faham lagi?
“Okay kita ambil contoh lain, kenapa Ebit Lew buat kebaikan tapi post sana sini video pasal dia? Itu sebab dia nak ajak kita lakukan kebaikan tanpa berlapik dan tanpa tunggu kaya baru nak tolong. Kat situ juga dia nak tunjuk betapa ramai orang yang hidup dalam kesusahan,” katanya.
Klik untuk gambar besar
Terdahulu, seorang jurugambar yang dikenali sebagai Aqo Imran berkongsi video Haqiem sedang menunaikan solat maghrib ketika menghadiri malam Anugerah MeleTOP Era yang berlangsung pada Ahad lalu menjadi tular di laman sosial.
Haqiem bagaimanapun menjelaskan dia tidak pernah meminta mana-mana individu merakam kebaikan yang dilakukan dan berkongsikan di media sosial sehingga menjadi tular.
Tegas pemenang Anugerah Bintang Paling Popular 2020 (ABPBH2020) ini lagi, dia tiada niat untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya hanya menunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam.
Dalam pada itu, Fendy menasihati netizen untuk mengikut kebaikan yang dilakukan Haqiem dan Ebit Lew tanpa perlu menilai mereka secara negatif.
“Dua individu ini menunjukkan kebaikan yang semua orang boleh buat tapi buat ke kita? Itu kena tanya kat diri sendiri. Apa yang tak ditunjukkan Haqiem dan Ebit Lew yang patut kita pun ikut iaitu kurangkan bercakap perkara yang tak benar dan menjaga penulisan sesama manusia.
“Adab itu ada baik daripada berjumpa mahupun tak berjumpa. Attitude ini bukan datang dari genetik keluarga tapi dari keadaan sekeliling… yang ubahnya siapa? Diri sendiri. Pesanan untuk diri sendiri juga moga menjaga adab dalam pergaulan,” ujarnya.