Daging Haram: Penjawat awam ‘super berkuasa’?

Seluruh negara terkejut. Mahathir dan Muhyiddin belum terkejut? Ini soal makanan yang menjadi darah daging terutama sensitiviti terhadap umat Islam di negara ini, kenapa masih belum terkejut?

40 tahun, bukannya 40 bulan, 40 minggu, 40 hari atau pun 4 hari. Selama itulah jangkamasa umat Islam Malaysia sudah ditipu oleh sindiket yang sampai ke saat ini masih belum didedahkan oleh pihak berkuasa.

Kenapa belum didedahkan dan kenapa masih belum bertindak menarik balik produk haram tersebut di pasaran? Kerajaan perlu perjelaskan dengan segera, sudah lebih dari seminggu kes ini berlegar di semua saluran media, baik media cetak, media internet dan media digital.



40 tahun, rakyat sedang mengira siapakah berkuasa ketika itu? Semakin dibiarkan masa berlalu, semakin hari terlalu banyak telahan liar sudah mula tular. Pelbagai rekayasa mahu pun andaian sudah mula tersebar.

Ada yang mula menuding jari ke arah perdana menteri dan kabinetnya sebelum ini, bermula dari 40 tahun yang lalu dan tidak kurang juga yang mula mencongak betapa penjawat awam yang bertanggungjawab menjaga seksyen kemasukan daging impot adalah dalang utama di sebalik umat Islam Malaysia tertipu ini.

Andaian bahawa telah wujud rangkaian kartel jenayah, telah kebal dan sudah ‘berketurunan’. Towkey besar mungkin sudah ‘memelihara’ mereka dan apabila mereka ini pencen, wujud pelapis jenayah yang baru dan begitulah seterusnya dan seolah sudah tidak mampu dibersihkan lagi. Ini antara andaian yang sedang berlegar di media.

Menteri datang dan pergi setiap lima tahun atau pun setiap rombakan kabinet, perdana menteri paling lama adalah Mahathir, 22 tahun namun mereka ini semua mungkin terpedaya dan tidak tahu aktiviti jenayah tersebut atau mungkin ‘ambil bahagian’ di peringkat tertentu tanpa mengetahui betapa barang yang dibawa masuk tersebut adalah barangan ‘haram yang dihalalkan’.



Semakin lambat pihak berkuasa dedahkan maka semakin kuat angin andaian bertiup, terbaharu pula timbul persoalan – ‘nak lindungi siapa’?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button