BALKISYH AKHIRNYA SELAMAT BERGELAR ISTERI MOHD NAZRI: “DIA DUDA TAK ADA ANAK”
“Alhamdulillah akhirnya segala kesukaran saya untuk mencari bapa kandung (Semundur Khan Gulam Khan) sendiri sebagai wali diselesaikan dengan bantuan JAWI. Pada mulanya saya berdepan kesukaran menjejak lokasi sebenar bapa kandung untuk jadi wali.
“Namun selepas masalah ini mendapat liputan media, segala galanya dipermudahkan. Saya akhirnya sah bergelar isteri sekali lagi,” demikianlah kata pelakon yang terkenal menerusi drama ‘Mak Cun’ iaitu Balkisyh Semundur Khan yang telah selamat bernikah dengan pilihan hatinya, Mohd Nazri Zakaria petang semalam.
Mereka bernikah di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan menggunakan wali hakim kira kira jam 2.30 petang tadi sambil disaksikan sekitar 20 orang tetamu.
Pasangan raja sehari ini kemudiannya diraikan di sebuah premis makanan popular di ibu kota bermula jam 5 petang tadi dengan dihadiri sekitar 50 orang tetamu.
Klik untuk gambar besar
Terdahulu, kisah pelakon berkenaan berdepan kesukaran mencari bapanya untuk menjadi wali mendapat perhatian ramai: “Saya berusaha mencari bapa termasuk membuat semakan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen, tetapi gagal.
“Saya buat carian di JPN membabitkan rekod kematian dan alamat terakhir. Selepas dua minggu saya diberitahu ayah masih hidup sebab tidak ada rekod kematian dan alamat terakhirnya di Tawau, Sabah.
“Malangnya, rumah itu sudah dijual sejak lima tahun lalu. Dalam semakan Jabatan Imigresen pun ayah tiada rekod keluar masuk negara sejak empat tahun lalu.
“Pihak JAWI akhirnya meminta saya menghantar permohonan untuk menggunakan wali hakim,” jelasnya yang pernah lapan kali turun naik pejabat agama namun permohonan tetap ditolak.
Pelakon yang terkenal menerusi drama ‘Mak Cun’ di TV3 itu mengenali suaminya yang juga seorang pekerja barisan hadapan sekitar tiga tahun lalu.
“Dia duda tak ada anak. Dan dia menjadi lelaki yang boleh menerima masalah dan pahit getir hidup ini. Malah lebih utama, dia dapat menerima dan serasi dengan dua anak saya.
“Dialah yang selama perkenalan begitu tabah dan melalui kesukaran dilalui bersama. Kebaikan dan peribadi dimilikinya juga mengatasi segala galanya” tuturnya.
Terdahulu, Balkisyh sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohd Aizad Rosli pada 2007 dan bercerai pada 5 September 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak iaitu Nur Qalesya, 9, dan Muhamad Nor Qaisyh Khan, 4.
NORMAN: “EDRY UMPAMA ‘GAM’… BILA DIA BERHIJRAH KE UK, BERLAKU SEDIKIT KESUKARAN”