Dua PRU berturut turut hanya 5% Cina sokong BN

Pada PRU14 jelas sekali pengundi Cina telah membuat Tsunami menggundi DAP dan mana2 parti yang ‘align’ dengan DAP.

Cara ini diteruskan juga pada PRU15.

Para peramal politik juga membuat ramalam kedudukan kerusi berdasarkan hal ini.



Pada ramalan PRU15 mereka membuat kiraan atas kedudukan yang sama.

Misalnya beberapa badan kajian dan analisis memulakan kiraan jumlah kerusi dengan berapa yang parti DAP mampu dapat terlebih dahulu dan kemudian campurkan jumlah anggaran kerusi itu dengan siapa komponen DAP.

Pada PRU15 mereka meramalkan DAP akan dapat sekitar 40-45 kerusi Parlimen dan kemudian campur kepda kebarangkalian akan diperolehi oleh PKR dan PAN.



Hatta , kiraan mereka hampir tepat.

Pada PRU14 DAP perolehi 42 kerusi dan PRU15 40 kerusi.

Apa yang menarik dari figura ini ada lah pendirian pengundi Cina tidak berganjak dari mengundi DAP ‘regardless’ pemimpin DAP ada korupsi atau tidak.

Mereka tidak seperti UMNO.



Bahkan parti PKR , MUDA atau PEJUANG juga tidak seperti UMNO yang ada pemimpin talibarut parti lawan yang bergelar “Kluster Broker”.

DAP tidak alami defisit kepercayaan kerana tiada kerja sabotaj dari pemimpin dalam parti , maka mereka mendapat sokongan penuh.

Apa yang dapat dirumuskan di sini ada lah pendirian pengundi Cina yang tidak berganjak dari DAP.

Dalam apa situasi pun mereka tetap bersama DAP.



Mereka konsisten besama DAP dalam apa juga cuaca politik.

Undi mereka tidak dipecah pecah kan seperti undi Melayu.

Yang jelas, sudah dua PRU mereka tetap mengundi DAP tidak kira apa2 tawaran dari mana2 pihak pun , mereka tidak berganjak.

Maka, bermula dari keputusan ini , mana2 parti yang hendak memikat hati pengundi Cina harus befikir sama ada tawaran mereka akan membuat undi Cina lari daripada DAP atau tidak, atau pun kehendak pengundi Cina perlu dilayan atau tidak kerana kedudukan tidak akan berganjak ini.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button