Zahid Hamidi Atau Zahid Md Arip?

 

Memetik tajuk berita portal pembangkang “Anwar tak dapat jadi PM kalau tak dekat dengan Mahathir, kata Zahid” dilihat seolah-olah cuba “mengaitkan” Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi. Individu yang dimaksudkan dalam tajuk berita tersebut sebenarnya adalah bekas setiausaha politik perdana menteri ketujuh Zahid Md Arip.

Menurut Zahid Md Arip, harapan Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri tidak akan kesampaian sekiranya presiden PKR itu tidak berdamai dengan Dr Mahathir Mohamad. Beliau dilihat mempunyai motif apabila mengeluarkan kenyataan tersebut.



“Selagi dia tak tunduk dan dekat dengan Dr Mahathir, saya ingat dia macam itulah. Dia tak boleh jadi PM,” katanya dalam temu bual bersama portal MalaysiaPost malam tadi.

Tidak mustahil untuk Anwar akan kembali berbaik semula dengan Dr Mahathir, demi mengejar hasrat dan cita-cita poitiknya kata Zahid Md Arip lagi.

Persoalannya, adakah kenyataan ini merupakan bunga-bunga yang bakal memaparkan kerjasama antara Mahathir dan Anwar sekali lagi. Sepertimana yang kita tahu dalam PRU-14 lalu wujud Kerjasama demi kuasa antara Mahathir dengan Anwar dan veteran DAP Lim Kit Siang serta baru-baru ini pula antara Mahathir dengan veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Dalam politik semuanya berkemungkinan. Musuh boleh jadi kawan malah kawan boleh jadi musuh. Oleh itu semua pihak perlu berhati-hati antara satu sama lain.



Menurut para pemikir politik, PPBM dilihat mula goyah dan mencari “nyawa” menjelang PRU15 yang dijangka berlaku dalam masa terdekat. mungkinkah ini sebabnya Zahid Md Arip mencetuskan provokasi.

Adakah Muhyiddin sedang mencari jalan untuk bekerjasama semula dengan Mahathir? Kita tunggu dan lihat.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button