Hubungan UMNO-Pas sudah berakhir?

 

Bukan perkara baru di koridor kuasa Muhyiddin betapa ada dua nama besar ini sedang meniti di bibir ahli politik dan juga di mata pemerhati politik malah pada pemerhatian rakyat yang mengikuti perkembangan kerajaan PN. Hamzah Zainuddin dan Azmin Ali, keduanya menjaga kementerian penting dan merupakan orang yang paling dipercayai oleh Muhyiddin. Azmin dilihat umpama Timbalan Perdana Menteri dan Hamzah dilihat sebagai ketua penasihat kepada Perdana Menteri. Menurut pemerhati dan sumber terdekat, keduanya memainkan peranan utama di sebalik pentadbiran kerajaan dan perjalanan politik Muhyiddin.

Masihkah anda ingat ketika pilihanraya negeri Sabah, keduanya pencatur utama siapa dan di mana calon perlu bertanding. Malah paling hangat diperkatakan, jawatan Ketua Menteri Sabah adalah hasil air tangan Hamzah Zainuddin, Menteri Dalam Negeri dan juga Setiausaha Agung parti Muhyiddin. Azmin di sebaliknya bertindak sebagai ‘pemudah cara’ siapa calon yang bertanding dengan 1001 janji supaya boleh menerima cadangan beliau. Muhyiddin hanya bertindak – angguk-angguk sahaja tanpa memikirkan perasaan sahabat perikatan dari UMNO BN dan Pas.



Gunung, kalau ditarah sedikit demi sedikit akan rata, samalah juga dengan perasaan manusia, sedikit demi sedikit calar bertukar koyak dan akhirnya tidak mampu untuk ditampung lagi. Ini yang paling ditakuti. Koyak menjadi rabak. Dari senyap dan bersabar, terpaksa keluarkan kenyataan rasmi – Gencatan Politik. Kepimpinan UMNO terima pelbagai kecaman dan kata nista dari akar umbi, sampai bila perlu bersabar dengan mainan individu gila kuasa?

Kini rakyat dan ahli khususnya melihat makin parah hubungan antara UMNO dan PN apabila Pas mula membisu dan lebih memburukkan keadaan, Pas semakin bercelaru dalam menilai hubungan dengan UMNO dan BN.

Muafakat Nasional yang dibina hanya ‘mesra’ di beberapa negeri dan di peringkat pusat, Pas kelihatan telah meninggalkan UMNO. Hari ini, ketua pmuda Pas pusat dilantik menjadi YB melalui jawatan Senator.

Azmin atau Hamzah yang caturkan keretakan UMNO-PAS?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button