NEELOFA ANGGAP UJIAN KECIL – PUTERI SARAH MOHON DOA SEMUA PIHAK

“Dia ada di sana untuk saya, pendengar saya. Allah mengutuskannya kepada saya untuk menolong saya kuat dalam Deen saya. Allah tahu apa yang dia lalui. Sama juga dengan saya. yang kami berdua perlukan sekarang adalah doa kalian.

“Bersangka baik dan doakan yang baik-baik sahaja untuk Neelofa ya,” demikianlah tulis pelakon Puteri Sarah Liyana, 35, yang mendedahkan pelakon dan pengacara Noor Neelofa, 31, adalah salah seorang individu yang ada di kala dia berada dalam kesusahan.

Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata Allah menghantar bekas hos MeleTOP itu untuk membantunya kekal kuat menghadapi dugaan dalam rumah tangga.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Tambah isteri kepada pelakon dan pengarah Syamsul Yusof, Neelofa kini memerlukan doa daripada semua pihak atas pertuduhan karut yang dilemparkan kepadanya. Ibu kepada sepasang cahaya mata ini memuat naik tangkapan skrin (screenshot) perbualan bersama Neelofa di laman Instagram Stories miliknya, semalam.

Sementara itu, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor menganggap kontroversi yang sedang melanda ini sebagai ujian kecil: “Alhamdulillah ni ujian kecil. Saya doaka untuk awak setiap hari. Insya-Allah,” kata Neelofa.



Terdahulu, pelbagai spekulasi mengenai hubungan Neelofa selepas ibu dan adik-beradiknya berhenti mengikuti pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Riz di laman sosial Instagram (IG). Semalam, Neelofa akhirnya bersuara dengan menafikan semua pertuduhan mengenai dirinya.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

SITI SARAH DEDAH PERNAH HIDUP SUSAH DENGAN SHUIB, AKAUN TINGGAL RM500



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button