“SEDIH TENGOK SUAMI KENA GAME” – ALMY BERANG ‘JOB’ FIZZ DIBATALKAN SAAT AKHIR
“Dah block tarikh untuk shooting dari awal bulan 12, tiba-tiba tunda tarik shooting bawa ke Januari 2021. Suami dah tolak job lain sebab dah berjanji untuk 30 episod katanya. Tiba-tiba tadi call cakap batal. Tak boleh ikut jadual sebab kena ikut jadual artis lain sedangkan kita dah bagi jadual awal dah lock shooting tiba-tiba cancel!
“Hangpa rasa apa ya? Apa yang hangpa cuba buat game ini! Orang dah tolak job, apa yang hangpa cuba buat ini! Perasaan, akal fikiran hangpa ada di mana ya! Lain kali jangan susahkan periuk nasi orang faham!
“Tak jadi kat periuk nasi hangpa tak apa. Nanti kalau jadi kat periuk nasi hangpa baru tersungkur faham! Marah betul,” kata pelakon Almy Nadia yang berang apabila tawaran lakonan yang sudah diterima suaminya, pelakon Fizz Fairuz dibatalkan pada saat-saat akhir dengan alasan jadual lakonan ditentukan sebuah syarikat produksi bertentangan dengan artis lain.
Almy, 34, meluahkan perasaan marahnya terhadap pihak tersebut dengan memuat naik beberapa status di laman Instastory miliknya. Menurut Almy, suaminya juga sudah menolak tawaran lain memandangkan penggambaran sesebuah drama 30 episod sepatutnya dijalankan pada awal bulan Disember telah ditunda pada Januari tahun hadapan.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, pemilik nama Almy Nadia Aminuddin Shah ini memberitahu dia terkilan dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu yang dengan mudah mempermainkan suaminya.
Akui Almy yang pernah berlakon dalam drama ‘Cinta Buat Emelda’ ini, dia berasa sedih melihat Fizz dipermainkan malah suaminya juga akan dianggap tidak menepati janji yang sudah dilakukan kepada penerbit drama itu.
“Tanggungjawab faham! Kita manusia pegang pada janji! Bila dah berjanji kita pegang jangan la last minit hangpa buat orang macam sampah faham! Orang lain punya hal, orang lain kena tanggung.
“Sorry la ya, perangai macam ini sebab itu tak boleh pergi jauh! Sebagai isteri bila suami murung, marah, suka dan sedih, isteri akan terkesan sebab isteri ini adalah orang paling rapat selain daripada orang lain.
“Bila jadi macam ini, sedih tengok suami sebab kena game. Nanti hangpa sedap buat cerita kat penerbit ‘Datuk tak boleh buat job ini sebab datuk ada shooting lain. Datuk bagi tarikh banyak sangat!’.
“Lepas itu nanti penerbit jumpa pula ‘la awat Datuk tak buat job tu kan kita dah lock awal’. Sedangkan faham-faham sendiri la ya. Kita bukan macam dulu tau. Dalam satu masa boleh ambil 10 job. Sekarang zaman kita jaga kualiti dan fokus!” tuturnya lagi.