TANGGUH RAWATAN KEMOTERAPI – ELYANA BELUM BERJAYA NAIKKAN BERAT BADAN
“Namun, selera makan memang belum ada lagi. Sekarang saya makan ubat yang disarankan doktor yang boleh membantu tingkatkan selera makan. Alhamdulillah, ada sikit perubahan,” kata penyanyi Elyana.
Pemilik nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 33, memberitahu dia belum lagi memulakan rawatan kemoterapi kerana dia belum berjaya menaikkan berat badan bersesuaian walaupun sel-sel kansernya sudah merebak.
Elyana yang menghidap kanser limfoma tahap empat ketika dihubungi berkata, walaupun dia kini dalam keadaan sakit, namun dia bersyukur kerana ada masanya dia berasa sihat.
“Namun, selera makan memang belum ada lagi. Sekarang saya makan ubat yang disarankan doktor yang boleh membantu tingkatkan selera makan. Alhamdulillah, ada sikit perubahan,” katanya.
Klik untuk gambar besar
Elyana yang popular dengan lagu ‘Kalis Rindu’ itu berkata, dia yang memiliki berat badan 41 kilogram (kg) berusaha menaikkan berat badan seimbang bagi memudahkan pergerakannya.
“Saya seorang yang tinggi, jadi apabila badan terlalu kurus ia menyukarkan saya berjalan dengan seimbang. Jika duduk di kerusi badan saya cepat sakit kerana ‘tulang bertemu kayu’ dan tak selesa,” katanya.
Menurut Elyana, dia sendiri berasakan keadaannya belum cukup kuat untuk menjalani sesi kemoterapi itu kerana terlalu kurus dan tidak berisi.
Apapun, dia meneruskan kehidupan setiap hari dengan bersemangat serta gembira di sisi keluarga. Katanya, rutin hariannya lebih kepada melayan dua anak, Cinta Sumayyah, 10, dan Cahaya Ramadhani yang kini berusia setahun lima bulan.
Baru-baru ini, Elyana mendedahkan kanser limfoma yang dihidapinya hampir 10 tahun lalu kini sudah merebak ke rahim, hati dan pangkal paha.
Katanya, ia diketahui ketika dia dimasukkan ke hospital selama lima hari pada November lalu. Doktor memaklumkan sel kanser lama berkurangan, tetapi mendapati ia juga sudah merebak ke bahagian badan yang lain.
Terdahulu, Elyana membuat pendedahan mengenai penyakit kansernya itu selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017.
Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada 2010 juga memaklumkan kali terakhir dia melakukan rawatan kemoterapi ialah pada 2016.
RISAU KEADAAN ELYANA MAKIN SUSUT – NETIZEN KONGSI TIPS TAMBAH SELERA MAKAN