Trump tandatangani Akta Jaminan Taiwan


United States President Donald Trump (Photo: Joe Burbank/TNS via ZUMA Wire/dpa)

28/12/2020 07:35 PM

ANKARA, 28 Dis — Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad meluluskan Akta Jaminan Taiwan, yang menjadi satu daripada fasal rang undang-undang perbekalan persekutuan berjumlah AS$1.4 trilion (AS$1=RM4.03) untuk tahun fiskal 2021, lapor Agensi Anadolu.

Setelah beberapa hari tertangguh, rang undang -undang (RUU) itu ditandatangani bersama dengan pakej rangsangan COVID-19 yang merangkumi bantuan AS$900 bilion.



Dewan Perwakilan AS sebulat suara meluluskan akta itu pada Mei 2019 ketika RUU perbelanjaan tahun fiskal itu ditambah untuk pertimbangan Senat.

Akta itu bertujuan untuk mengeratkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara dan mendorong Taiwan untuk meningkatkan perbelanjaan pertahanannya.

Mengkritik undang-undang itu, China menyifatkan langkah AS itu sebagai “campur tangan dalam urusan dalaman China”.

“China dengan tegas menentang Undang-Undang Jaminan Taiwan oleh AS, dan AS harus berhenti mencampuri urusan dalaman China dengan menggunakan pertanyaan Taiwan,” kata Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian pada sidang media di Beijing, menurut akhbar Global Times.



Sejak akta itu diluluskan, pentadbiran Trump telah meluluskan lapan penjualan senjata ke Taiwan, termasuk peluru berpandu dan dron anti-kapal pelayaran.

Tindakan itu juga merangkumi sokongan Washington untuk penyertaan Taiwan dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan organisasi lain, sertamenyediakan AS$3 juta untuk aktiviti Kerangka Kerjasama dan Latihan Global AS-Taiwan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button