Arab Saudi lanjutkan larangan penerbangan antarabangsa

28/12/2020 06:09 PM

RIYADH, 28 Dis — Arab Saudi pada Isnin mengumumkan tempoh penangguhan penerbangan komersial antarabangsa dilanjutkan seminggu lagi.

Kementerian Dalam Negeri juga mengumumkan lanjutan larangan keluar dan masuk ke negara itu menerusi laluan darat dan laut bagi tempoh sama, lapor Agensi Berita Xinhua memetik Agensi Berita Arab Saudi.



Arab Saudi pada 20 Disember memutuskan untuk menangguhkan sementara penerbangan antarabangsa untuk pelancong, kecuali bagi kes-kes tertentu selama seminggu dan dilanjutkan seminggu lagi. Ia juga tertakluk kepada kemasukan melalui darat dan pelabuhan.

Keputusan itu sebahagian langkah pencegahan COVID-19 selepas penyebaran varian baharu virus itu di beberapa negara.

Bagaimapun, keputusan itu tidak termasuk pergerakan barang, komoditi, dan rantaian bekalan.

Individu bukan warganegara dibenarkan meninggalkan Arab Saudi melalui penerbangan, dengan mematuhi langkah pencegahan yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan.



Arab Saudi buka ruang udara kepada penerbangan Israel

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button