10 aktivis demokrasi Hong Kong dipenjara
HONG KONG: Mahkamah China hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun terhadap 10 aktivis demokrasi Hong Kong kerana melarikan diri dengan menaiki bot laju untuk mencari perlindungan di Taiwan.
Kumpulan itu diberkas pengawal pantai China pada 23 Ogos, ketika dalam perjalanan ke negara kepulauan itu.
Taiwan membuka pintu kepada warga Hong Kong berikutan tindakan keras terhadap perbezaan pendapat di negara itu.
Mahkamah Rakyat Daerah Yantian menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun kepada Tang Kai-yin dan Quinn Moon pula dua tahun kerana mengatur penyeberangan sempadan haram.
Lapan individu yang lain dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan kerana melintasi sempadan secara haram.
Terdahulu, pegawai memaklumkan dua kanak-kanak bawah umur yang dikenali ‘Hong Kong 12’ akan dikembalikan ke Hong Kong selepas mereka mengaku salah.
Kedua-dua kanak-kanak itu tiba di bandar raya ini sekitar tengah hari tadi.
Bagaimanapun, prosiding perbicaraan tidak terbuka untuk liputan wartawan atau diplomat asing.
Sepuluh tertuduh juga didenda sehingga 20,000 yuan (RM12,378) termasuk hukuman penjara.
Pendakwa raya Daerah Yantian memutuskan tidak meneruskan kes terhadap dua remeja yang hanya dikenali sebagai Hoang dan Liu.
Keluarga tertuduh mendakwa mereka diberitahu mengenai tarikh perbicaraan tiga hari sebelum, sementara peguam mereka turut dilarang bertemu dengan tahanan.
Menurut peguam tertuduh, hukuman dikenakan terlalu berat selain tidak dibuktikan pembabitan anak guamnya dalam mengatur menyeberangi sempadan. – AFP