Biden mahu Kongres tambah dana rawatan COVID-19

30/12/2020 11:39 AM

WASHINGTON, 30 Dis — Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mendesak Kongres menyediakan dana tambahan bagi membiayai rawatan COVID-19, lapor agensi berita Sputnik.

“Semua ini – vaksinasi, pengujian, peralatan perlindungan – memerlukan lebih banyak dana dari Kongres berbanding jumlah baharu yang telah dipersetujui,” kata Biden kepada wartawan pada Selasa.



Biden berjanji akan mencadangkan “pakej tindakan COVID-19” awal tahun depan dan meminta Kongres untuk bertindak pantas.

Tegasnya, usaha itu memerlukan puluhan juta dolar, memandangkan setiap institusi memerlukan dana tambahan untuk menjaga keselamatan kesihatan.

“Sekolah memerlukan dana untuk ujian saringan, lebih banyak dana untuk pengangkutan, sehingga pelajar dapat menjaga jarak sosial di dalam bas, untuk bangunan sekolah, pembersihan, peralatan pelindungan,” tambah Biden.

Kongres AS lulus pakej bantuan kecemasaan COVID-19 US$900 bilion



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button