ANAK SETAHUN DIHANTAR KE SEKOLAH – MAWAR DITUDUH MALAS JAGA, INI REAKSINYA
Pelakon Mawar Rashid yang kini sedang hamil anak kedua dan bakal bersalin tidak lama lagi itu baru-baru ini telah menerima komen negatif daripada netizen yang mendakwa dia mengabaikan tanggungjawab menjaga anak lelakinya, Raden Muhammad Rafael.
Tuduhan tersebut berpunca dari tindakannya yang menghantar Rafael ke sekolah meskipun usianya baru setahun. Lebih kesal, netizen tersebut turut menuduh Mawar seolah malas jaga anak dan mendakwa selama ini anaknya dijaga oleh pembantu rumah dan ibunya.
“Mawar malas nak jaga Rafael ke suruh hantar sekolah? Kesian dia kecil lagi tu baru setahun. Perasan juga Rafael kecil Mawar macam tak jaga dia. Pembantu rumah dan mak Mawar yang jaga. Mawar macam tak suka anak, tapi sibuk bunting lagi,” tulis netizen tersebut.
Kesal dengan tuduhan tersebut, bagaimanapun Mawar berkata dia memaafkan serta mendoakan yang baik-baik sahaja untuk individu berkenaan.
Klik untuk gambar besar
“Astagfirullah, semoga Allah bersihkan hati awak. Apa pun saya maafkan awak dan saya doakan awak untuk banyak buat atau cakap tentang kebaikan,” katanya.
Dalam pada itu, menerusi satu posting, Mawar menjelaskan dia menghantar anaknya ke sekolah kerana tidak mahu mesiakan kelebihan anaknya yang bijak dan suka belajar banyak perkara.
“Macam Mawar, saya seorang ibu yang bekerja. Saya mempunyai perniagaan, pekerjaan selebriti saya, mesyuarat di sana sini. Mawar tak boleh nak bagi masa sepenuhnya dekat Rafael sebab tu Mawar putuskan untuk hantar ke sekolah belajar sebab sekolah akan mengajar macam-macam.
“Dah la Rafael tengah fasa bijak betul, fasa dia tengah absorb a lot of things. Saya tak nak bazirkan masa berharga ini untuk dia belajar,” ujarnya lagi.
BERSALIN PERTENGAHAN JANUARI 2021 – MAWAR SUDAH BUKA AKAUN IG UNTUK ANAK