Muafakat Nasional perkukuh kerjasama tahun hadapan bagi PRU-15


Datuk Mohd Amar Nik Abdullah

30/12/2020 05:56 PM

KOTA BHARU, 30 Dis — PAS berhasrat memperkukuhkan kerjasama lebih mantap dengan UMNO dan Parti Perbumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tahun depan sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata usaha itu adalah sebagai menyambut hasrat Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu mengukuhkan Muafakat Nasional (MN) dan memperkasakan Perikatan Nasional (PN).



“Dalam tiga-tiga parti ini secara asasnya tidak ada satu pun yang boleh berdiri sendiri. Kita hendak menjadi kerajaan yang gagah dalam pilihan raya akan datang ini kena ada kerjasama yang mantap antara PAS, UMNO dan Bersatu,” katanya selepas mesyuarat Exco di Kota Darul Naim, di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata PRU-15 memerlukan ketiga-tiga parti utama merapatkan persefahaman dan mengurangkan pertembungan, dan beliau berharap hasil PRU-15 nanti akan mewujudkan sebuah kerajaan yang lebih gagah dan stabil.

“Setakat ini pertemuan antara sayap parti sedang berjalan dan kita dapat maklumat hubungan itu (antara parti) memang ada, cuma ada yang secara formal dan tidak formal,” katanya.

PAS mahu kerjasama UMNO, BERSATU diperkukuhkan hadapi PRU-15



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button