Benarkah bukti Zeti jumpa Jho Low ada di tangan SPRM?
Bolehkah penafian Zeti beberapa hari lepas bahawa beliau tidak menerima satu sen pun dari duit Jho Low? Mungkin benar, pertama bukan dia yang terima seperti yang didedahkan oleh portal tempatan dan portal Malaysia Today kerana dakwa mereka penerima wang sejumlah RM100 juta lebih tersebut adalah suami dan dua anaknya, melalui akaun syarikat milik mereka anak beranak di bank Singapura.
Berikut adalah dakwaan antara perjalanan wang RM100 juta yang di dakwa oleh portal-portal berkenaan:
Syarikat Iron Rhapsody Ltd ditubuhkan khas untuk menerima dana daripada Jho Low, berjumlah sekitar USD16,219,409.23
– Central Holding Ltd berjumlah USD1,250,000 pada 18 Disember 2009;
– Butamba Investment Ltd berjumlah USD7,420,088.92 pada 18 Jun 2008;
– ACME Time Limited (BVI) berjumlah USD567,086.31;
4) Sherman & Sterling LLC berjumlah USD6,250,000 dan USD732,234 pada 17 Disember 2009 dan 21 Mei 2009.
Menurut portal tersebut, bayaran dibuat melalui sebuah syarikat berpengkalan di Thailand, iaitu Country Group Securities Pcl, terus ke dalam akaun Acme Time Pte Ltd di Singapura, yang dikawal oleh Jho Low dan Eric Tan Kim Loong.
Paling mengejutkan adalah pendedahan berani oleh Raja Petra Kamaruddin bahawa maklumat yang diperolehi daripada transkrip Blackberry yang dirampas oleh SPRM pula membuktikan perbualan yang mengesahkan Tan Sri Zeti dan Gabernor BNM yang terbaru, Datuk Nor Shamsiah, pernah bertemu dengan Jho Low dan mengesahkan pembayaran kepada Dato’ Dr Tawfiq Ayman.
Kalau benar dakwan tersebut maka Muhyiddin perlu arahkan SPRM dedahkan butiran terperinci berhubungan bukti yang berada di tangan SPRM dan bukannya membisu. Konspirasi ini adalah skandal jenayah terancang yang terbesar di negara ini sekiranya pertuduhan oleh portal-portal berkenaan adalah benar.
Sikap membisu Muhyiddin dan SPRM tidak membantu untuk meredakan skandal pertuduhan berat dan serius ini.
Memerangkap Najib Razak untuk kekal bertakhta di kerajaan pilihan ahli parlimen dan bukannya pilihan rakyat adalah langkah paling sumbang.
Memenjarakan orang yang tidak bersalah bakal menerima keputusan yang buruk pada PRU15 nanti.
RM100 juta: Zeti sedang bercuti?