Peserta terjun tapak, maut di Putrajaya
PUTRAJAYA, 1 Jan — Seorang peserta terjun tapak, maut selepas dipercayai terjatuh ketika melakukan latihan payung terjun dari bangunan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di sini, hari ini.
Dalam kejadian 5.35 petang itu Azuan Taharudin, 49, bersama tujuh lagi penerjun Pasukan Perbadanan Putrajaya (PPj) sedang melakukan latihan terjunan tapak sempena Hari Wilayah 2021.
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali berkata ketika melakukan terjunan, mangsa dikatakan hilang kawalan terhadap payung terjun yang digunakan dan jatuh di sisi bangunan itu.
“Mangsa yang parah dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan dan kemudian disahkan meninggal dunia 6.10 petang,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata latihan Terjun Tapak 2021 ini, dikelolakan pegawai PPj dan ia melibatkan pasukan penerjun dari pelbagai agensi termasuk agensi berkenaan.
“Bagaimanapun, pihak penganjur tidak membuat sebarang pemakluman kepada pihak berkuasa termasuk polis ketika latihan diadakan,” katanya.
— BERNAMA
PEMANDU REMPUH TAPAK PERNIAGAAN DITAHAN POLIS