Penerbangan Tianwen-1 cecah 400 juta km


Tianwen-1 (Photo: Photo: -/TPG via ZUMA Press/dpa)

03/01/2021 03:00 PM

BEIJING, 3 Jan — Tianwen-1, prob pertama China bagi misi eksplorasi planet Marikh sudah terbang selama 163 hari dalam orbitnya dengan jarak penerbang mencecah 400 juta kilometer (km) , setakat 6 pagi waktu Beijing, menurut Jabatan Pentadbiran Angkasa Lepas China (CNSA).

Kedudukan Tianwen-1 yang sejauh kira-kira 130 juta km dari Bumi dan kira-kira 8.3 juta km dari Marikh, dilaporkan dalam keadaan stabil dan dijangka memasuki orbit mengelilingi Marikh lebih sebulan sebelum siap sedia untuk mendarat di planet itu.



Misi Tianwen-1 merupakan langkah pertama China untuk menjalankan eksplorasi antara planet yang merangkumi tugas seperti terbang mengelilingi Marikh, mendarat dan meninjau permukaan Marikh dengan sekali pelancaran.

Prob Tianwen-1 seberat kira-kira lima tan itu terdiri alat pekeliling, pendarat dan peronda. Sekarang, alat pekeliling telah menyelesaikan pemeriksaan terhadap operasi sendiri dalam orbit untuk kali ketiga, kesemua sistemnya dilaporkan beroperasi dengan lancar.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button