Pahang Berduka, Raub Turut Dilanda Banjir

Hebahkan !!!

Pahang Dilanda Banjir, Permulaan Suram 2021 Warga Raub

Banjir Raub

Pahang hari ini bermuram apabila hujan lebat melanda lebih daripada 24 jam mengakibatkan berlaku banjir di beberapa daerah. Sejarah banjir 1971 di Raub berulang kembali pada 2021 mengikut kata orang tua di Raub semasa ditemui semasa penghantaran bantuan segera dilakukan.

Banjir Raub

Menurut Ketua Pemuda Umno Raub, saudara Fadzli Kamal yang mengetuai gerakan Pemuda Raub hampir keseluruhan kawasan berhampiran sungai di Raub dilanda banjir.

Banjir Raub

Menteri Besar Pahang, YAB Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail sempat melawat beberapa Pusat Penempatan Sementara (PPS) selepas selesai menjalankan Mesyuarat Perwakilan Umno Cameron Highlands bagi meninjau dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir sebelum meneruskan perjalanan ke Kuantan yang turut terjejas kerana banjir.

Banjir Raub

Video Penghantaran Bantuan Segera Kepada Mangsa Banjir Oleh Pemuda Umno Raub

Fadzli turut meninjau keadaan mangsa banjir namun masih banyak tempat yang tidak boleh dilalui kenderaan pacuan 4 roda. Statistik keseluruhan mangsa banjir di Raub masih belum diperolehi memandangkan masih berlaku kenaikan paras air berikutan hujan yang masih belum berhenti di Raub.

Leave a Reply

%d bloggers like this: