Kerajaan Pilihan Ahli Parlimen Membahayakan Rakyat?
Pertama kali di dalam sejarah negara Malaysia merdeka, kerajaan yang memimpin sekarang ini adalah kerajaan yang ‘dipilih’ bukannya dari undian rakyat tetapi kerajaan yang tertubuh di atas pilihan ahli parlimen dan dipersetujui oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
Nasihat Baginda Al Sultan di hari pertama tertubuhnya kerajaan pilihan ahli parlimen ini amat jelas., titah baginda supaya rakyat diutamakan.
Namun setelah hampir setahun berlalu, Muhyiddin yang dipilih oleh ahli parlimen kononnya begitu beritegriti, halatuju kerajaannya masih samar. Tidak jelas halatuju ekonomi negara dan paling ketara, Muhyiddin gagal menunjukkan rangka perancangan untuk membawa keluar masalah ekonomi rakyat dari kemelut covid-19.
Ekonomi negara juga tenat sehinggakan tidak mampu untuk memberikan kepada rakyat wang yang mereka simpan di dalam KWSP untuk mereka gunakan sewaktu sesak ini.
Apabila negara dilanda situasi yang tidak pernah terduga ini, kitaran ekonomi domestiklah yang wajar diutamakan. Bagaimana sistem kitaran ekonomi setempat dapat dirancakkan, Bagaimana rancakan ekonomi boleh berlaku sekiranya Muhyiddin gagal manfaatkan rakyat tidak boleh ke luar negara untuk habiskan wang di sana? Inilah saatnya ekonomi tempatan boleh dilonjakkan.
Anda nampak Muhyiddin lakukan sesuatu?
Jelas yang nampak adalah percaturan kuasa untuk terus kekal menjadi perdana menteri. Menyedihkan apabila pihak berkuasa, SPRM dan PDRM dilihat tidak serius menangani gejala rasuah terhadap ahli parlimen. Banyak kes kelihatan tertangguh dan tidak disegerakan sepertimana di zaman Mahathir memerintah sebelum ini.
Pendawaan dilihat berpilih. Kes Najib, Zahid dan beberapa pemimpin UMNO begitu cepat di bawa ke mahkamah tetapi apa jadi dengan kes pemimpin-pemimpin dari PH seperti Syed Sadik yang masih kelihatan ‘tergantung’?
Pengukuhan kuasa juga boleh menjuruskan ke arah rasuah ‘membeli sokongan’.
Rakyat menderita, rasuah ‘membeli kuasa’ boleh melumpuhkan ekonomi negara. Sogokan menggunakan duit rakyat.
Siasatlah. Buka mata dan pasang telinga.