TSAM Macam Budak ‘Wicet’ Dedah Mesej Peribadi Dengan Presiden Umno Di Media Sosial
Annuar Musa Macam Budak ‘Wicet’ Dedah Mesej Peribadi Dengan Presiden Umno
Tindakan bekas Setiausaha Agung BN mendedahkan mesej peribadi antara beliau dan Presiden Umno dilihat seperti kebudak-budakkan. Malah tidak kurang ada netizen mengatakan tindakan Annuar Musa itu seperti ‘Budak Wicet’.
Annuar Musa yang digugurkan dari jawatan Setiausaha Agung BN dan MN itu menaikmuat kandungan mesej peribadi beliau di laman twitter.
Pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian yang bersidang, hampir 90% Umno Bahagian menolak sebarang kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Pahang antara negeri terawal memberi mesej jelas apabila Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Umno, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail memberitahu tiada keperluan umtuk BERSATU bertanding di mana-mana kerusi dalam Pahang diikuti oleh Umno lain-lain bahagian di seluruh negara.
Selaku ‘Orang Lama’ dalam Umno yang memegang nombor keahlian, Annuar Musa perlu menerima hakikat dan tenang apabila menerima berita pengguguran beliau dari jawatan dan bukannya menaikmuat kandungan mesej ‘Whatsapp’ di media sosial. Menjadi tandatanya apa keperluan beliau berbuat demikian? Hanya TSAM ada jawapannya.
SAYA DIHUKUM KERANA MEMBANTU RAKYAT – NAJIB RAZAK