AL-FATIHAH – BAPA SUARA UPIN IPIN, ASYIELA PUTRI KEMBALI KE RAHMATULLAH

Takziah kami ucapkan kepada pelakon suara Upin & Ipin iaitu Asyiela Putri di atas pemergian ayahnya, Allahyarham Azhar Ahmad yang menghembuskan nafas terakhir akibat pelbagai komplikasi penyakit, jam 4 pagi tadi.

Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi berkata, Azhar sudah dikebumikan di Tanah Perkuburan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, pagi ini.

“Sekitar minggu lalu, arwah ada berkongsi mahu ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana rasa kurang sihat, bagaimanapun arwah ditahan dalam wad. Pada Sabtu lalu, saya ada menghantar mesej, arwah mengatakan sedang menjalani pemeriksaan Magnetic Resonance Imaging (MRI).



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Kemudiannya, saya diberitahu, arwah rebah atas kerusi roda dan separuh badannya tidak boleh bergerak dan berada dalam keadaan koma. Keesokannya, arwah sedar tetapi sudah tidak mengenali orang. Semalam, saya diberitahu oleh isterinya, doktor mengatakan arwah disahkan menghidap kanser hati. Namun, hari ini, saya menerima berita arwah sudah tiada,” katanya.

Bagaimanapun, Burhanuddin berkata, dia tidak dapat mengesahkan punca arwah Azhar meninggal dunia berikutan beberapa komplikasi yang dihadapinya. Katanya, dia juga tidak berkesempatan melawat berikutan situasi pandemik COVID-19: “Saya mendoakan kesejahteraan arwah dan keluarga Asyiela Putri daripada kejauhan ini,” tuturnya.



Terdahulu, berita pemergian arwah Azhar dimaklumkan menerusi laman sosial, Facebook dan Twitter Les Copaque: “Ayah kepada Asyiela Putri, pelakon suara Upin & Ipin iaitu Azhar Ahmad kembali ke rahmatullah pada 4 pagi tadi. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman dan dicucuri rahmat,” tulisnya.

Image_3.jpg

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button