Anugerah Grammy ditangguh hingga Mac akibat COVID-19

NEW YORK: Anugerah Grammy yang dijadualkan pada 31 Januari ini di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) ditangguhkan hingga Mac berikutan COVID-19 yang menular dengan cepat di California.

The Recording Academy, yang bertanggungjawab menganjurkan gala itu, tidak segera menjawab pertanyaan AFP tetapi mengemas kini senarai acara di laman sesawangnya dengan menetapkan tarikh baharu pada 21 Mac ini.

Penangguhan acara tahunan ke-63 itu diumumkan ketika tinggal kurang sebulan sebelum ia diadakan, sekali gus memberi pukulan hebat kepada industri muzik.

Agensi terbabit mengatakan bahawa rancangan yang ditetapkan untuk akhir Januari itu kebanyakannya bersifat maya, tetapi belum mendedahkannya secara khusus.



Beyonce, Dua Lipa, Taylor Swift dan artis rap, Roddy Ricch adalah antara yang dicalonkan bagi menerima anugerah manakala pelawak, Trevor Noah, menjadi hos untuk acara pada tahun ini, namun tidak diketahui sama akan berlaku perubahan.

Semua pencalonan diumumkan lewat tahun lalu menerusi oleh artis ternama di seluruh dunia melalui sidang video.

Acara anugerah lain seperti Emmy dan Latin Grammys juga terpaksa diadakan sebahagian atau sepenuhnya secara maya berikutan perhimpunan membabitkan ramai orang dilarang ketika pandemik

Sementara itu, Anugerah Oscar dijadualkan berlangsung pada 25 April, ditangguhkan lapan minggu lebih lewat daripada perancangan awal sebelum ini.



Los Angeles kini menjadi antara pusat pandemik COVID-19, dengan hospital mengalami peningkatan kes dan penduduk diperintahkan duduk di rumah.

Lonjakan ke di selatan California meningkat mendadak ketika musim cuti Hari Kesyukuran atau Thanksgiving.

Kebanyakan hospital melaporkan terpaksa mencatu oksigen dan pesakit perlu menghabiskan berjam lamanya menunggu dalam ambulans sebelum diberikan katil untuk rawatan. – AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button