BILA DR SHEIKH MUSZAPHAR TERUSKAN TRADISI, EUSOFF BERKHATAN DIUSIA 45 HARI
“Alhamdulillah – selesai berkhatan buat Eusoff. Digalakkan bersunat ketika bayi lagi. Lagi awal lagi bagus sebab mudah menjaga luka. We did Eusoff at 45 days. Adam & Noah were at 60 days. Easier to care for the wound as they are not mobile yet.
“We also immunised our kids as scheduled. Babies are growing well. Eusoff 3.7kg and Emelia 3.4kg. Breastfeeding is the only option to make them big and strong especially the first 6 months. The plan is to breastfeed upto one year just like all our children,” demikianlah kata angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar.
Setiap lelaki yang beragama Islam pasti melalui proses berkhatan. Bergantung kepada ibu bapa masing-masing, ada yang berkhatan ketika berusia enam tahun dan sebagainya. Malah, di kampung-kampung dahulu, upacara berkhatan sering dijalankan secara beramai-ramai.
Klik untuk gambar besar
Begitulah dengan Sheikh Muszaphar yang berkongsi kisah cahaya mata kembar lelakinya yang baru dilahirkan itu menjalani proses berkhatan pada usia 45 hari, menerusi laman Instagram miliknya.
Tambah Sheikh Muszaphar, dia dan isterinya, Dr Datin Halina turut melakukan imunisasi untuk anak-anak mengikut jadual yang telah ditetapkan. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan enam orang cahaya mata, Sophea Isabella, Sophea Natasha, kembar lelaki bernama Sheikh Adam dan Sheikh Noah, serta kembar sepasang, Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia.