HARRIS ALIF & INTAN LADYANA UMUM 6 FEBRUARI 2021 TARIKH NIKAH MEREKA
Sebelum ini, timbul desas-desus mengatakan pasangan selebriti Harris Alif dan Intan Ladyana bakal berkahwin Mac depan. Dek kerana itu, ramai yang tertanya-tanya adakah ia benar.
Intan, 38, ketika ditanya berhubung desas-desus itu, bagaimanapun tidak mengiya atau manafikan pengkhabaran bakal berkahwin dengan kekasihnya, penyanyi, pelakon dan pengacara Harris, 21, dalam masa terdekat.
Kata Intan, dia akan berkongsi mengenai perkara berkenaan (perkahwinan) apabila tiba masanya. Ujar pelakon filem ‘Jangan Pandang Belakang’ ini, dia takkan merahsiakannya.
Terkini, segala-teka-teki akhirnya terjawab apabila pasangan yang berbeza usia 17 tahun ini mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinan pada 6 Februari depan dalam satu sidang media yang diadakan sebentar tadi yang disiarkan di laman YouTube.
Klik untuk gambar besar
Menerusi sidang media itu, Intan turut memaklumkan perkahwinan mereka bakal ditaja oleh Ceres Jewel bernilai RM13.5 juta iaitu berupa barangan kemas, majlis pernikahan dan resepsi.
Tinggal sebulan sahaja majlis akan berlangsung, Harris berkata persiapan perkahwinan mereka sudah pun siap hampir 90 peratus memandangkan sudah membuat persiapan awal.
Dalam sama sama, Harris turut berkongsikan selepas sebulan ulang tahun kelahiran Intan, dia dan keluarga datang merisik pada Julai tahun lalu.
Selepas mula menyulam cinta sejak Mac tahun lalu, hubungan pasangan ini bakal berakhir ke jenjang pelamin. Memilih tarikh 6 Februari 2021 sebagai hari bahagia untuk pernikahan mereka, tentu sekali pasangan ini diulit kebahagiaan tidak terhingga.
Restu daripada kedua pihak keluarga juga termeterai. Meski jurang usia 17 tahun membezakan mereka, bukan alasan atau halangan untuk mengakhiri hubungan ke jenjang pelamin.
Benarlah kata pepatah, jodoh itu rahsia Allah. Harris dan Intan sudah ditakdirkan bersama. Apa-apa pun, kami doakan semoga semuanya dipermudahkan!
DIKATAKAN BAKAL BERNIKAH DENGAN HARRIS ALIF MAC INI – INI JAWAB INTAN LADYANA