Hyundai bakal bina loji sel bahan api hidrogen di China: sumber

05/01/2021 10:58 AM

SEOUL, 5 Jan — Hyundai Motor Co, pembuat kenderaan terbesar di Korea Selatan, bakal membina loji sistem sel bahan api hidrogen pertama di China dalam usaha untuk meneroka pasaran hidrogen tempatan, lapor Agensi Berita Yonhap memetik sumber industri.

Menurut sumber, Hyundai Motor merancang membina loji itu di Guangzhou dalam tahun ini dan sudah memperoleh persetujuan kerajaan.



“Hyundai Motor sedang mengadakan perbincangan dengan syarikat China dijangka mengumumkan perkara itu seawal bulan ini,” katanya.

Setakat ini belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada Hyundai berhubung perkara itu.

Hyundai baru-baru ini melancarkan jenama yang didedikasikan untuk sistem sel bahan api dikenali HTWO dan menyasarkan jualan sebanyak 700,000 sel bahan api hidrogen di pasaran global pada 2030.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button