Ahli Perniagaan AS kutuk rusuhan di Capitol, salahkan Trump

A supporter of President Trump is arrested inside the US Capitol in Washington DC on January 6, 2021. – Donald Trump’s supporters stormed a session of Congress held today, January 6, to certify Joe Biden’s election win, triggering unprecedented chaos and violence at the heart of American democracy and accusations the president was attempting a coup. (Photo by Olivier DOULIERY / AFP)

WASHINGTON: Syarikat korporat dan ahli perniagaan di Amerika Syarikat (AS) mengutuk rusuhan keganasan di bangunan Capitol oleh penunjuk perasaan yang membantah kekalahan Presiden Donald Trump pada pilihan raya November lalu.

Kenyataan itu dibuat berikutan rusuhan yang mengejutkan bagi AS apabila penyokong Trump merempuh bangunan Capitol bagi mengganggu proses pengesahan kemenangan Joe Biden di Kongres.

Pengesahan kemenangan itu adalah prosedur majlis terakhir sebelum Biden yang menang pemilihan itu memasuki Rumah Putih memulakan tugas sebagai Presiden AS 20 Januari ini.

“Kekacauan dan keganasan di ibu negara adalah hasil usaha yang tidak sah untuk membatalkan keputusan yang sah dari pilihan raya demokratik. Negara berhak mendapat yang lebih baik, “kata Business Roundtable dalam satu kenyataan.



Kumpulan pelobi, yang mewakili lebih dari 200 Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), meminta Presiden dan pihak yang terbabit menamatkan kekacauan itu bagi membolehkan peralihan kuasa dilakukan secara aman.”

CEO Dewan Perniagaan AS, Thomas J Donohue berkata; “Serangan di bangunan Capitol yang mengganggu proses demokrasi mesti dihentikan sekarang.

“Kongres AS perlu bersidang semula malam ini untuk mengesahkan keputusan pilihan raya, yang menentukan pemenang pemilihan presiden.

Presiden dan CEO Persatuan Pengilang Nasional, Jay Timmons meminta Naib Presiden, Mike Pence untuk pertimbang secara serius dan memohon pindaan ke-25 Perlembagaan AS, yang membolehkannya menjadi Presiden sementara setelah Trump dianggap tidak mampu.



“Presiden yang keluar menghasut keganasan dalam usaha untuk mempertahankan kekuasaan, dan setiap pemimpin terpilih yang membelanya nyata melanggar sumpah mereka terhadap Perlembagaan dan menolak demokrasi yang memihak kepada penunjuk perasaan,” kata Timmons.

Setiausaha Perbendaharaan Trump, Steven Mnuchin dalam ciapan Twitternya berkata; “Keganasan tidak dapat diterima. Kita mesti menghormati Perlembagaan dan proses demokrasi kita. “

Rusuhan itu menyaksikan penyokong Trump mengibarkan bendera merempuh sekatan jalan raya di luar bangunan Capitol dan menyerbu masuk Dewan Kongres menyebabkan persidangan itu ditangguhkan sementara.

Tindakan itu dilihat sebagai usaha mengganggu usaha pemimpin Republikan yang menyokong Trump melakukan percubaan menangguhkan pengesahan kemenangan Biden.



Keadaan luar biasa menunjukkan anggota keselamatan bersenjata meletakkan penghalang jalan sementara anggota Kongres dilihat memakai topeng gas.

Pemimpin buruh yang juga Presiden Kesatuan Guru Amerika Syarikat (AFL-CIO), Richard Trumka, menyifatkan rusuhan keganasan itu sebagai “satu serangan terbesar terhadap demokrasi kita sejak Perang Saudara” dari tahun 1861 hingga 1865.

“Percubaan kudeta (rampasan kuasa) hari ini adalah bukti Donald Trump secara konsisten memuntahkan racun, konspirasi, kebencian dan pembohongan kepada penyokongnya,” katanya dalam satu kenyataan.

CEO JP Morgan, Chase Jamie Dimon berkata; ‘pemimpin yang dipilih mempunyai tanggungjawab untuk menghentikan keganasan, menerima keputusan pilihan raya, menghormati demokrasi sebagaimana yang kita laksanakan sejak beratus-ratus tahun lalu serta menyokong peralihan kuasa secara aman.”



CEO Citigroup, Michael Corbat, menyatakan beliau “muak” dengan rusuhan itu, dan mahu adegan itu dihentikan kerana percaya pada demokrasi dan mahu anggota Kongres meneruskan tugas mereka dan tangkap mereka yang bertanggungjawab atas insiden itu. “

Ketua dan CEO syarikat teknologi gergasi IBM, Arvind Krishan mengutuk rusuhan yang jelas melanggar undang-undang yang belum pernah terjadi seumpama itu dan meminta perkara itu dihentikan .

“Tindakan seumpama ini tidak ada tempat dalam masyarakat kita, dan mesti berhenti sehingga sistem demokrasi kita dapat berfungsi,” katanya. – AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button