“BAJU ITU DIBELI DENGAN DUIT BUKAN AIR LIUR”- RAKAN KONGSI CRYSTAL C WHITE TERKILAN DENGAN RIZMAN RUZAINI

 

“Sebagai pereka fesyen, dia tak patut menghentam balik terhadap siapa pun yang memakai baju rekaanya. Rekaan baju yang dianggap kontroversi kerana kononnya mendedahkan bahagian bahu dan betis Natasha berlapik. Ia ada ‘lining’ dan bukannya ‘bare shoulder’.

“Cara pereka fesyen itu menjawab seperti marah dan seolah-olah macam hina sangat Natasha menggayakan busana rekaannya. Sepatutnya dia ‘back up’ dengan cakap benda yang lebih elok dan bukannya menambah bara



“Cara pereka fesyen itu menjawab memang seperti menghentam dan menghina,” demikian tutur rakan kongsi produk suplemen kesihatan Crystal C White, Nor Shahlina Abu akui terkilan dengan jawapan balas pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini berhubung pakaian pelakon Natasha Hudson.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Ujarnya, Rizman Ruzaini tidak patut menghentam siapa pun pemakainya. Tegasnya lagi, pereka fesyen tersebut sepatutnya bersikap neutral serta menghormati siapa pembeli baju berkenaan dan memahami konsep ‘customer is always right’.



“Baju itu dibeli dengan duit dan bukan dengan air liur. Ia bukan busana yang ditajanya. Hormat sikit pembeli baju itu. Mereka peniaga yang menjalankan perniagaan fesyen sepatutnya faham dengan konsep ‘customer is always right,” katanya lagi.

Image_3.jpg

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai kontroversi terpalit Natasha mengenai busana yang dipakainya yang dikatakan tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung dimana ia mendedahkan bahagian bahu serta betis meskipun berlapik dengan kain berwarna kulit.

Dek isu tersebut, Rizman Ruzaini mengakui terkejut apabila koleksinya itu dipakai oleh selebriti bertudung. Kata mereka, gaun itu telah dibeli seseorang tidak diketahui identitinya menerusi dalam talian sejak tiga bulan lalu.



Sudah banyak bekerjasama dengan ramai selebriti berhijab tanah air, Rizman akui marah apabila mendapat tahu tentang perkara itu kerana baju itu direka untuk wanita free hair.

Image_4.jpg

TERKEJUT, KECEWA ISU NATASHA HUDSON – RIZMAN RUZAINI KATA BAJU ITU DIREKA UNTUK FREE HAIR



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button