Washington lanjutkan darurat awam selama 15 hari

07/01/2021 03:04 PM

WASHINGTON, 7 Jan — Datuk Bandar Washington DC Muriel Bowser pada Rabu melanjutkan darurat awam selama 15 hari lagi ekoran rusuhan di Capitol, lapor Agensi Berita Sputnik.

“Saya telah mengeluarkan Perintah Datuk Bandar 2021-003, bahawa darurat awam yang diisyitiharkan sebelum ini dilanjutkan selama 15 hari, atau sehingga perintah baharu dikeluarkan kemudian,” tweet Bowser.



Langkah itu akan dilaksanakan hingga 20 Januari, tarikh pelantikan rasmi Joe Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button