Apabila pegawai Menteri ‘lebih menyudu dari menyudah’
Setiap hari nampaknya pegawai-pegawai Annuar Musa cuba perbetulkan langkah Annuar yang telah jauh tersilap, songsang dan ‘sembelit’ dalam isu pemecatan beliau sebagai SUA BN. Nampak seperti arahan dari Annuar supaya pertahankan dirinya yang sudah dipecat. Annuar melihat itu sebagai pengakhiran dirinya di dalam kerajaya politik atau mungkin pegawai-pegawainya tidak sempat meraih laba jawatan?
Pertahankan bos adalah perkara asas bila bekerja makan gaji tetapi walaupun ianya hanya lantikan politik, gaji dan segala kemudahan dibayar oleh kerajaan dan berdirinya di situ adalah dengan kapasiti kerusi UMNO BN. Kena lihat skop yang lebih besar dan bukannya menjilat sehingga ke kuku hitam.
Tindakan kurang cerdik Annuar Musa seolah beliau dipecat dari parti UMNO. Beliau juga tidak melihat dari kaca mata seorang senior dalam politik. Ilmu UMNO yang beliau pelajari tidak beliau amalkan. Lantikan politik datang dan pergi dan bukannya kekal sepanjang hayat. Ini asas mudah perjawatan di dalam mana-mana parti.
Pegawai-pegawai Annuar gagal menasihatkan Annuar:-
PAS pernah memecat bekas Timbalan Presiden mereka Ust Nasharudin Mat Isa (ketika dipecat beliau adalah ahli Majlis Syura Ulama PAS). Punca dipecat keahlian kerana Ust Nasha dikatakan menjadi agen untuk menarik PAS membentuk kerajaan perpaduan bersama UMNO dan tak setia kepada parti. Datuk Hasan Ali, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor turut mengalami nasib yang sama.
PKR juga pernah memecat keahlian pemimpin-pemimpin mereka. Terbaru, pada May dan Jun 2020, 348 ahli termasuk Ketua Wanita, 2 orang Ketua Wanita Negeri dan 5 orang ADUN dipecat. Punca utama dipecat berkait dengan isu ketidaksetiaan kepada parti mereka.
PPBM bertindak lagi dahsyat dan lebih teruk lagi. Bukan setakat Setiausaha Agung dan Ketua ‘Youth Power’ saja pernah dipecat, bahkan pemimpin nombor satu merangkap pengasas parti dan anaknya pun turut dipecat keahlian dan dihumban keluar dari parti oleh Muhyiddin. Alasan Muhyiddin pun sama, atas sebab isu kesetiaan kepada parti.
Jadi apa yang pelik sangat berhubung Annuar dipecat? Bezanya pecat dari jawatan sahaja dan bukannya halau keluar dari UMNO atas faktor kesetiaan.
Betulkah Annuar dakwa beliau lakukan tugasan yang Zahid arah?
Nasib Annuar Musa kerana silap diri sendiri atau pegawai lantikannya?