Brazil beli 100 juta dos vaksin Sinovac

08/01/2021 03:59 PM

RIO DE JANEIRO, 8 Jan — Kerajaan Brazil dijangka memperoleh 100 juta dos vaksin COVID-19 dibangunkan makmal Sinovac dari China, tahun ini, kata Menteri Kesihatan Eduardo Pazuello dan vaksin itu akan dihasilkan Institut Butantan Brazil.

“Hari ini, (Khamis) kami menandatangani kontrak dengan Institut Butantan untuk membeli 46 juta dos pertama pada April dan 54 juta dos sepanjang tahun,” kata menteri itu dalam sidang media.



Beliau memberi jaminan bahawa semua vaksin Sinovac yang ada di Institut Butantan akan digunakan untuk program imunisasi nasional dan diedarkan secara adil serta mengikut kadar keperluan di setiap negeri.

Menurut Pazuello, Brazil juga dijangka menerima 254 juta dos vaksin yang dibangunkan AstraZeneca / Oxford University. Dos ini akan dihasilkan oleh Yayasan Oswaldo Cruz yang berpangkalan di Rio de Janeiro.

Rakyat Brazil ditawarkan vaksin percuma



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button