Ganja bernilai RM257,075 ditemui ditinggalkan di tepi jalan

Ganja bernilai RM257,075 ditemui ditinggalkan di tepi jalan
Polis menemui dadah jenis ganja yang ditinggalkan di tepi jalan di kawasan Kampung Bukit Jong menghala ke Plaza Tol Gemuruh, di sini. – Foto Ihsan Polis

Ganja bernilai RM257,075 ditemui ditinggalkan di tepi jalan

KUALA TERENGGANU: Polis menemui dadah jenis ganja yang dianggarkan bernilai RM257,075 yang ditinggalkan di tepi jalan di kawasan Kampung Bukit Jong menghala ke Plaza Tol Gemuruh, di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, Bahagian Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu menerima makluman mengenai penemuan dadah oleh empat anggota Trafik Kuala Terengganu yang menjalankan ‘SnapCheck’ di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, anggota trafik terbabit menemui dadah itu ketika menjalankan tugas ‘SnapCheck’ bermula jam 2.30 pagi hingga 4 pagi, Ahad lalu.

“Ketika sepasukan anggota trafik membuat rondaan di susur masuk menghala ke Plaza Tol Gemuruh dari arah Kuala Terengganu, menemui lima bungkusan plastik hitam dalam keadaan mencurigakan di atas tanah di tepi penghadang jalan.

“Hasil pemeriksaan ke atas lima bungkusan plastik hitam setiap satu mengandungi satu kotak berwarna coklat bertanda M+ di dalamnya berisi 101 bungkusan ketulan mampat tumbuhan kering disyaki dadah jenis ganja,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Rohaimi berkata, anggaran berat kasar keseluruhan rampasan barang kes seberat 102.83 kilogram (kg).

“Dipercayai dadah ini ditinggalkan sementara oleh penjenayah sementara menunggu ‘snapcheck’ oleh polis trafik yang bertugas di kawasan laluan terbabit berakhir,” katanya.

Rohaimi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 jika sabit kesalahan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan sekiranya tidak dihukum mati hendaklah disebat maksimum 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Bapa dera anak hingga mati, tanam mayat di tepi jalan

Ganja bernilai RM257,075 ditemui ditinggalkan di tepi jalan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


SPRM Hadapi Zaman Sibuk, Lepas Siasat RM92.5 Bilion, Fail ‘Mark Up’ Projek YTL Di Sabah Menunggu

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker