Dua lelaki dikhuatiri lemas, SAR giat dilakukan meskipun ombak kuat

26/12/2020 11:08 AM

MARANG, 26 Dis — Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua lelaki yang dikhuatiri lemas di dua pantai berasingan di sini masih gagal menemui petunjuk baharu setakat 10 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Zain Mat Dris berkata pencarian sejak 7 pagi itu bermula di pesisir pantai dari Kuala Marang ke Kuala Dungun sejauh 52 kilometer (km).

“Operasi SAR di Kelulut pagi ini akan menggunakan bot Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia kerana ia lebih sesuai dengan persekitaran pantai dengan ombak yang kuat ketika ini.

“Seramai 43 anggota daripada pelbagai agensi termasuk polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Maritim dan Rela terlibat dalam operasi di Pantai Kelulut pagi ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Kejadian pertama berlaku di Pantai Jambu Bongkok dan bomba menerima panggilan kecemasan pada 6.37 petang manakala kejadian kedua di Pantai D’Marang Village, Kelulut, hanya beberapa minit selepas itu.

Bagi kes di Pantai Jambu Bongkok mangsa ialah Wan Nashaifudin Wan Latif, 48, yang beralamat di Kampung Bukit Tok Bat, Kuala Berang, manakala bagi kes di Pantai D’ Marang Village, Kelulut mangsa dikenali sebagai Naim Hariri Kamaruddin, 31, beralamat di Kuala Lumpur.

Difahamkan Naim Hariri sepatutnya melangsungkan perkahwinannya di Masjid Kampung Surau Haji Mat Zin, Bukit Payung, pagi ini.

Keluarga Naim Hariri dan tunangnya yang ditemui pemberita, enggan ditemu bual kerana terlalu sedih dengan kejadian itu.

Semalam, pihak bomba menyatakan kedua-dua kejadian berlaku ketika mangsa sedang mandi-manda di pantai tersebut.

Tiga beradik dikhuatiri lemas di Sungai Terengganu

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker