Ibu Syamsul masih marah anggap Ira wanita kejam

Ibu Syamsul masih marah anggap Ira wanita kejam
Ibu Syamsul masih marah anggap Ira wanita kejam
Datin Patimah masih tidak dapat menerima kehadiran menantu baharu iaitu Ira Kazar.
SELEPAS seminggu pengarah Syamsul Yusof mengumumkan sudah bernikah dua, ibunya iaitu Datin Patimah Ismail masih berterusan menulis status tidak menerima kehadiran menantu baharunya iaitu Ira Kazar.

Terbaharu, Patimah menyifatkan Ira sebagai seorang wanita kejam yang menyebabkan kedua-dua cucunya kehilangan seorang bapa.

“Ayah mereka telah dirampas oleh perempuan yang kejam.

Ibu Syamsul masih marah anggap Ira wanita kejam
Puteri Sarah Liyana bersama Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah.

“Ibu mereka ditinggalkan kerana perempuan itu,” luahnya.

Patimah menulis luahan itu dalam satu perkongsian di Insta story miliknya pada Sabtu.

Bersama status tersebut, isteri kepada penerbit Datuk Yusof Haslam ini juga memuat naik gambar dua anak Syamsul hasil perkahwinan bersama isteri pertama iaitu pelakon Puteri Sarah Liyana.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul mengumumkan sudah bernikah dengan Ira di Thailand selepas hubungan mereka menjadi spekulasi dalam kalangan peminat sejak tahun lalu.

Pelbagai respons termasuk kecaman dilemparkan kepada pengarah filem Mat Kilau itu kerana sanggup memadukan Sarah.

Patimah antara individu yang sering meluahkan perasaan kecewa dan menganggap Sarah sebagai seorang wanita teraniaya.

Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Fara Salleh ‘Penat’ Diasak Netizen

Ibu Syamsul masih marah anggap Ira wanita kejam


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


“SPRM wajar siasat kewangan PAS semasa PRU” – Ahmad Said

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker