Kelakuan pelik juruterbang sebelum pesawat terhempas

 

 


© Provided by Harian Metro AHLI keluarga Afwan menunjukkan gambar Afwan ketika bertugas bersama Tentera Nasional Indonesia-…

Jakarta: Sikap terburu-buru sebelum keluar bekerja menjadi petanda pemergian Kapten Afwan Zamzani, juruterbang pesawat Sriwijaya Air yang terhempas dan mengorbankan 62 orang di Pulau Lanchang, Sabtu lalu.



Menurut anak saudaranya, Ferza Mahardika, kelakuan bapa saudaranya itu yang sebelum ini sentiasa tenang, namun agak pelik pada hari kejadian.

Katanya, malah uniform kerja yang dipakai Afwan tidak sempat diseterika.

“Kebiasaannya dia akan pastikan pakaian kerjanya diseterika sebelum keluar bertugas, namun hari kejadian dia nampak tergesa-gesa,” katanya seperti dilaporkan portal Kompas.com.

Malah, Afwan dikatakan sempat memohon maaf kepada isteri dan anaknya sebelum keluar rumah.



Kelakuan pelik itu mengundang tanda tanya kepada keluarganya, namun tidak menyangka ia menjadi petanda pemergiannya.

“Jika kebiasaannya dia hanya bersalam dengan isteri dan anaknya, namun hari kejadian dia turut memohon maaf.

“Anaknya ada menegur kelakuan anehnya,” katanya ketika ditemui di rumah Afwan di Jawa Tengah.

Walaupun agak mustahil mangsa ditemui selamat, namun keluarga juruterbang itu masih menaruh harapan ada berita baik akan diterima.



“Kami masih menunggu maklumat terkini daripada pengurusan Sriwijaya Air. Kami harap yang terbaik untuk pakcik (Afwan) dan penumpang lain,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button