“SHAHRIZA SUDAH SEDAR SEPENUHNYA…” – SUAMI BELUM DIBENARKAN MELAWAT

Suami pelakon Shahriza Mahmud, Saddiq Raffali memaklumkan isterinya kini sudah sedar sepenuhnya, malah boleh menggunakan telefon untuk berhubung dengannya kerana sehingga kini masih belum dibenarkan melawat.

Menerusi perbualan video, suami memberitahu Shahriza teringin makan ayam masak merah masakan maknya. Bagaimanapun, menurut Saddiq, 40, dia belum dapat memenuhi keinginan Shahriza, 55, apabila isterinya itu mengadu sakit perut.

“Bangun pagi tadi, dia terus beritahu teringin nak makan ayam masak merah masakan mak (ummi) saya. Saya sedang tunggu keputusan ‘ultrasound’ yang dijadualkan diketahui hari ini. Jika keputusannya okay, barulah saya akan penuhi permintaannya. Doktor pun masih lagi bagi makanan dalam bentuk cecair.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Shahriza sudah sedar sepenuhnya dan boleh menggunakan telefon. Kami hanya berhubung menerusi telefon kerana saya masih belum dibenarkan melawat. Saya boleh hantar makanan tapi hanya diserahkan menerusi pengawal keselamatan yang akan hantar kepada pesakit,” katanya.

Menurutnya, Shariza menjalani sesi fisioterapi hari ini untuk menguatkan semula kakinya: “Doakan agar semuanya berjalan lancar. Terima kasih atas sokongan suami terhadap isteri saya,” tuturnya.



Shahriza sebelum ini dilaporkan dikejarkan ke Hospital Putrajaya, Ahad lalu akibat demam panas selain meracau. Pemeriksaan doktor mendapati ada jangkitan kuman pada darah dan paru-paru dan dia diberikan ubat antibiotik yang paling kuat. Keadaannya juga dilaporkan kritikal apabila masih tidak sedarkan diri sehinggalah menunjukkan respon positif Sabtu lalu.

Image_3.jpg

KENA JANGKITAN KUMAN & PARU-PARU – SHAHRIZA MAHMUD MASIH KRITIKAL



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button