“TIDAK LAYAK BUAT KEBAIKAN… MUNGKIN MEREKA SUKA TENGOK SAYA MELACUR…” – SAJAT
“Orang macam saya ini tidak layak buat kebaikan. Main otak sampai saya tak betul. Kadang-kadang tulisan jawi pun sudah nampak terbalik. Mungkin mereka suka tengok saya melacur daripada buat kerja elok kot (agaknya).
“Orang macam saya ini tak layak hidup macam orang biasa. Memang kena duduk dekat lorong buat kerja massage (urut) ataupun melacur online (atas talian). Buat sedekah itu adalah mainan agama.
“Pakaian perempuan pula (pakaian sopan) walaupun sudah mempunyai kemaluan wanita. #5harimakanubattidur,” kata usahawan kosmetik, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman menerusi satu entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
Sejak beberapa hari lalu, nama Sajat kembali menjadi bualan ramai selepas memuat naik video pendedahan ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Klik untuk gambar besar
Sajat memaklumkan dia ditahan di Pusat Penahanan Sementara, Kuala Kubu Bahru susulan laporan yang dibuat pada Ogos 2018 di mana dia mengenakan pakaian wanita ketika majlis doa selamat yang diadakan di Wisma Nur Sajat, Seksyen 16 Shah Alam.
Menerusi perkongsian terbaru, Sajat dilihat meluahkan rasa kecewa dengan apa yang berlaku dan mengenang nasib dirinya apabila ditangkap kerana bersedekah.
Sajat berkata lagi mungkin orang ramai lebih suka dia melakukan kerja kotor daripada melakukan amal kebajikan. Ujarnya, mungkin dia tidak layak dalam agama Islam.
Jelas Sajat lagi, meskipun dia melakukan amal kebajikan dengan bersedekah tetapi dikatakan mempermainkan agama. Sajat turut mempersoalkan dimana salahnya apabila berpakaian wanita sedangkan sudah mempunyai kemaluan wanita.
“Orang macam saya ini tak layak untuk hidup macam orang biasa! Memang kena duduk kat lorong, buat kerja massage atau pun melacur online! Buat sedekah tu adalah mainan agama! Pakai perempuan pulak(pakaian sopan ).. Walaupun dah mempunyai kemaluan wanita!” tulisnya.
Sajat dalam masa sama turut berkata yang dia ditindas dan tidak mendapat hak asasi manusia, meskipun sudah melaksanakan tanggungjawab dengan membayar zakat dan segala cukai.
“Nasib nasib bayar zakat, bayar lhdn, bayar tax, bayar gst! Tapi saya tak dapat hak asasi manusia!! Semua kena tindas!” ujarnya lagi.
JAWAB DAKWAAN – JAIS SAH SIASAT SAJAT