Trump presiden AS pertama didakwa dua kali


US President Donald Trump (Photo: Bernd von Jutrczenka/dpa)

14/01/2021 11:40 AM

WASHINGTON, 14 Jan — Dewan Amerika Syarikat (AS) pada Rabu mengundi untuk mendakwa Presiden Donald Trump atas perbuatan “menghasut untuk melakukan pemberontakan,” menjadikan beliau presiden pertama didakwa sebanyak dua kali, lapor Agensi Berita Xinhua.

Walaupun jumlah Demokrat yang menyokong usul pendakwaan sudah mencukupi ia ditambah lagi dengan 10 Republikan yang turut memberikan undi bersetuju.



Keadaan itu berbeza ketika kali terakhir Dewan mengundi usul untuk mendakwa Trump pada Disember 2019, menyaksikan tiada perwakilan Republik menyokong. Jumlah undi yang dikemukakan ahli dewan pada Rabu ialah 232 menyokong dan 197 menentang.

“Resolusi (pemecatan) diterima. Tanpa bantahan, usul dipertimbangkan semula,” kata Speaker Nancy Pelosi.

Memulakan perbahasan mengenai perkara pendakwaan, Pelosi memetik rusuhan Capitol oleh penyokong Trump minggu lalu dan presiden “menghasut pemberontakan ini, pemberontakan terhadap negara kita.” “Dia harus berundur. Dia boleh membawa bahaya kepada negara yang kita semua cintai,” tambahnya.

Menurut beberapa ahli Republikan yang menyokong Trump, tindakan Demokrat itu akan menyumbang kepada memecah belahkan lagi negara.



“Pendapat saya mereka terlalu cepat untuk menghakimi dan tidak mematuhi proses yang sepatutnya. Tiada perbicaraan, tiada saksi, tiada proses atau ruang diberikan kepada presiden,” kata anggota Jawatankuasa Peraturan Dewan, Tom Cole semasa perbahasan.

Pemimpin Minoriti Dewan Kevin McCarthy mengakui Trump “bertanggungjawab atas kejadian di Capitol itu, tetapi kurang sesuai untuk mengambil tindakan dalam masa terlalu singkat.”

Beliau berkata semua perlu bersatu padu dan sepatutnya “kita harus merebut peluang ini untuk memperbaiki keadaan dan mengelak ia menjadi lebih parah.”

Penunjuk perasan rempuh Capitol, Trump didakwa cuba ‘rampas kuasa’



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button