Gempa bumi sederhana gegar Petrina
15/01/2021 06:57 PM
ZAGREB, 15 Jan — Gempa bumi sederhana berukuran 3.1 pada skala Richter dicatat pukul 2.50 pagi Jumaat dekat Petrinja, lapor Pusat Kajian Seismologi Croatia.
Pusat gempa berada 11 kilometer di barat laut Petrinja, lapor Agensi Berita Croatia (HINA).
Sejak tengah malam 15 Januari, lapan lagi gegaran susulan berukuran antara dua dan tiga pada skala Richter telah dicatatkan di kawasan itu, yang dilanda gempa berkekuatan 6.2 pada 29 Disember, meragut tujuh nyawa dan menyebabkan kerosakan harta benda.
–BERNAMA