Jangan sentuh PAS
Rakyat sudah celik dari buta pada PRU14, rakyat juga sudah tidak tuli lagi selepas PRU14 dan rakyat sudah tidak bodoh juga selepas pilihanraya umum yang melakarkan sejarah bagaimana kerajaan BN tumbang selepas berkhidmat untuk rakyat sejak sebelum merdeka.
Menelusuri penjang perjalan tersebut, PAS, parti yang berlabelkan islamik tidak lari dengan pelbagai ujian. Sebagai sebuah parti yang kedua terbesar dari kelompok Melayu Islam, Pas dilihat tidak mampu untuk menjadi sebuah parti yang mampu memimpin negara, cuma mampu memimpin negeri dan itu pun rekod yang tidak cemelang. Buktinya, lihat sahaja Kelantan yang diperintah PAS selama lebih 30 tahun, apa rakyat Kelantan dapat? Majoriti yang berjaya adalah anak Kelantan yang bekerja dan berniaga di luar Kelantan.
Kini, PAS kembali di dalam kerajaan pusat yang dipimpin oleh Muhyiddin Yassin. Walaupun mereka hanyalah menteri dan timbalan menteri lantikan namun keberjayaan mereka di setiap kementeria yang mereka jaga adalah mengecewakan. Paling jelas dan terkini, Menteri alam sekitar, berapa banyak tokey-tokey besar yang mencemari sungai dan meneroka hutan secara haram diheret ke mahkamah? Rakya terpak menanggung kesemua hasil tanga-tangan jahat mereka.
PAS mungkin lupa, jawatan yang nereka terima adalah jawatan lantikan dan bukannya kerana memenangi pilihanraya umum. Rakyat melihat PAS mula dibuai jawatan yang bergaji puluhan ribu sebulan. Mana pergi suara garang ketika di blok pembangkang? Kemana nyaring suara hudud dan hapuskan judi?
Apa yang rakyat nampak, pemimpin PAS sedang membuai angan-angan dan ahli mereka terbuai terkapai lemas di lautan janji ‘ke syurga’.
PAS dilihat dikawalselia oleh Takiyuddun, setiausaha agungnya dan bukan dari Presiden parti. PAS punya ‘track recod’ yang buruk apabila berkawan – makan kawan dan tikam kawan. DAP dan PKR dah kena, kini giliran UMNO dan PPBM pula.
Muafakat Nasional sudah menjadi sejarah bagi tok alim PAS?
Kopiah ganti topi sudu