COVID-19 – MAWAR KARIM & ANAK KINI DISAHKAN BEBAS

Semua sedia maklum mengenai keadaan bekas isteri kepada pelakon dan pengacara Fizo Omar iaitu pengasas tudung, Mawar Karim dan anak perempuanya, Wan Maryam yang disahkan positif Covid-19 awal Januari lalu dan telah menjalani rawatan serta kuarantin di sebuah hospital.

Terbaru, Mawar memaklumkan dia dan anaknya itu sudah pun keluar dari hospital selepas disahkan pulih dari wabak tersebut. Khabar gembira itu dikongsikan menerusi Insta Story semalam.

Dalam entri tersebut, Mawar turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan dirinya dan juga anaknya, serta memberikan kata-kata semangat.



Dalam pada itu, Mawar turut berkongsikan simptom yang dialaminya apabila dijangkiti virus tersebut. Menurut Mawar, dia turut berdepan dengan sesak nafas dan sakit kepala. Namun, lega anaknya tidak mengalami apa-apa simptom selain demam.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Image_3.jpg



MAWAR KARIM: “MUNGKIN INI MASA SULIT SAYA & KELUARGA, BERHARAP YANG TERBAIK”

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button