Akademi ganja di Afrika Selatan mahu lahirkan pakar
Akademi ganja di Afrika Selatan mahu lahirkan pakar

JOHANNESBURG: Di pinggir bandar Johannesburg, Afrika Selatan, pohon ganja menghiasi dinding akademi tempat pelajar menanam ganja tetapi merokok bahan itu dilarang.
Pengasas bersama institusi penanaman ganja Linda Siboto, berkata pengajian penanaman tumbuhan itu bertujuan untuk menghilangkan stigma negatif mengenai ganja.
Institut itu mendakwa ia yang pertama ditubuhkan di Afrika.
“Penting bagi kami untuk membawa industri ini ke arah lebih profesional dan membuktikan kami bukan golongan sentiasa khayal ketika bercakap betapa hebatnya tumbuhan itu,” katanya.
Akademi itu berharap untuk menumpang pendekatan global mengenai peraturan ganja.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menteri Ekonomi tidak berfungsi, elok mansuhkan jawatan ,kata Sharir Samad.
- PAS Mula Menekan PPBM Dalam Pembahagian Kerusi Pada Pilihanraya Negeri

Di Afrika, penanaman ganja perubatan bermula di negara kecil, Lesotho dibenarkan sejak tahun 2017, membuka jalan bagi negara lain mengikuti langkah sama seperti Zimbabwe, Malawi dan Afrika Selatan, yang bercita-cita untuk menjadi kuasa besar ganja.
Presiden Cyril Ramaphosa tahun lepas berkata, ganja mempunyai potensi besar untuk menarik pelaburan dan mewujudkan lebih daripada 130,000 pekerjaan baharu.
Beliau berkata, industri itu juga mampu menjadi tarikan besar dalam negara yang mempunyai ekonomi yang lemah dan pengangguran yang besar.
Cheeba Cannabis Academy sedang menyediakan pelajar untuk mengambil bahagian dalam industri yang diharapkan.
“Untuk membolehkan ndustri ini membangun, ia memerlukan latihan dan pendidikan,” kata Siboto. – AFP

DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Drama konflik dalaman BERSATU tarik perhatian
- Kepada MCA Dan MIC: Jangan Jolok Sarang Tebuan, Sengatannya Sangat Bisa