“I’M SORRY, BABY GIRL” – SELEPAS AEPUL DRAMA BAND, ANAK PULA POSITIF COVID-19

“Hasil keputusan ujian swab test, anak perempuan kami disahkan Covid-19…. Allahu beratnya rasa bahu ni! Duduk elok-elok dengan daddy okay, umi janji umi kuat untuk jaga tiga orang… daddy, Alisha dan adik dalam perut,” demikianlah tulis Leez Rosli di Instastory.

Leez memaklumkan anak perempuannya, Nur Saffiya Alisha disahkan positif Covid-19 selepas suami, vokalis kumpulan Drama Band iaitu Aepul Roza positif wabak tersebut sebelum ini.

Meskipun berat berdepan ujian sukar itu, Leez berkata dia kuatkan diri memberi sokongan moral agar suami dan anaknya segera sembuh.



Aepul yang sudah empat hari disahkan positif Covid-19 dan menjalani kuarantin kendiri itu turut memaklumkan anaknya dijangkiti virus tersebut menerusi laman Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Dalam entri berkenaan, Aepul berkata dia dan anak perempuan berusia lima tahun itu akan dikuarantin bersama sehingga sembuh dan bebas daripada jangkitan tersebut.



Terdahulu pada Khamis lalu, Aepul memberitahu keputusan ujian calitan atau swab test mendapati dirinya positif Covid-19. Bagaimanapun, isterinya disahkan bebas daripada jangkitan.

“Assalamualaikum, dukacita dimaklumkan ujian kali kedua membawa keputusan positif. Isteri (Leez Rosli) negatif. Saya sudah mula jalani kuarantin kendiri beberapa hari lepas dan menanti SOP seterusnya. Doakan kami sekeluarga,” katanya.

Sebelum ini, beberapa selebriti antaranya Ashraf Muslim, Puteri Aishah, Alif Satar, Harris Anuar, Shima Anuar, Emma Maembong disahkan positif Covid-19.

Image_3.jpg



Image_4.jpg

EMMA MAEMBONG, SUAMI & AEPUL (DRAMA BAND) SAH POSITIF COVID-19



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button