Lebih 2,000 pekerja asing berdaftar di Perlis wajib jalani ujian saringan COVID-19

18/01/2021 02:33 PM

KUALA PERLIS, 18 Jan — Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Perlis mengadakan operasi khas bermula hari ini sehingga 28 Feb depan bagi memastikan 2,562 pekerja asing berdaftar di negeri itu menjalani ujian saringan COVID-19.

Pengarahnya Iskandar Jassa berkata langkah itu bertujuan mengawal penularan wabak tersebut dalam komuniti.



“Hari ini kita telah melakukan lawatan terhadap 11 majikan dan hasil pemeriksaan mendapati hanya satu majikan yang melakukan saringan COVID-19 terhadap pekerjanya,” katanya ketika ditemui pemberita di Pelantar Ikan Kuala Perlis di sini, hari ini.

Beliau berkata majikan yang masih belum melakukan saringan terhadap pekerja asing mereka perlu segera berbuat demikian bagi mengelak dikenakan sebarang tindakan.

Menurutnya, majikan yang gagal berbuat demikian dan melanggar Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Iskandar berkata semua pekerja asing yang pernah menjalani saringan COVID-19 sebelum 1 Dis 2020 juga diwajibkan untuk melakukan saringan semula.



Perlis lulus belia 18 tahun boleh mengundi dan jadi calon pilihan raya

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button