V Shem-Wee Kiong tewas di final Terbuka Thailand
17/01/2021 08:57 PM
KUALA LUMPUR, 17 Jan — Pemain badminton profesional Malaysia Goh V Shem-Tan Wee Kiong mempamerkan aksi yang memberangsangkan sebelum tumpas 16-21, 23-21, 19-21 kepada beregu nombor tujuh dunia Lee Yang-Wang Chi-Lin dari Taiwan dalam final beregu lelaki Terbuka Thailand di Impact Arena, Bangkok hari ini.
Beregu Malaysia yang pernah berada di ranking nombor satu pada 2016, bangkit pada set kedua selepas ketinggalan dalam set pertama.
Bagaimananapun, beregu Taiwan itu tidak memberi laluan mudah kepada lawannya dalam perlawanan yang berlangsung selama 65 minit itu dan memastikan hadiah bernilai US$74,000 (RM298,726) dibawa pulang. Beregu Malaysia terpaksa berpuas hati dengan hadiah US$35,000 (RM141,289).
Ini adalah kemenangan ketiga beregu Taiwan itu ke atas gandingan Malaysia itu sejak 2019.
Mereka sebelum ini menewaskan V Shem-Wee Kiong, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Masters Korea 2019 dan Masters Indonesia 2020.
Sementara itu, Juara Dunia 2017 Viktor Axelsen menjuarai buat kali kedua kejohanan Super 1000 Jelajah Dunia sejak All-England 2020 selepas menumpaskan pemain pilihan ketujuh kejohanan Angus Ng Ka Long dari Hong Kong 21-14, 21-14 dalam final perseorangan lelaki.
Pemain tinggi lampai dari Denmark itu membawa pulang US$74,000 (RM298,726) sementara Ng menerima US$34,000 (RM137,252) selaku naib juara.
Keputusan final:
(Nota: Malaysia tidak dinyatakan); [ ] menandakan ranking)
Perseorangan lelaki:
Beregu lelaki:
[6] Lee Yang-Wang Chi-Lin (TPE) mn GOH V SHEM-TAN WEE KIONG 21-16, 21-23, 21-19Perseorangan wanita:
Beregu wanita:
[5] Greysia Polli-Apriyani Rahayu (INA) bt [7] Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Projongjai (THA) 21-15, 21-12Beregu campuran: